My Design - HambliDesign Advertisement


Info Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.

Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan "brand" anda mampu menjadikan sesebuah produk itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta meningkatkan hasil jualan yg berlipat kali ganda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...