My Design : Poster Saka Sanggul Lintang


Berkisar mengenai kehidupan seorang nenek disebuah rumah pusaka dan  hidup sendirian.  Dia tidak suka bercampur dengan orang ramai dan seluruh kampung itu tahu yang NEK TOM membela hantu saka. NEK TOM lebih suka duduk di ruamah besar itu dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Dia lebih suka duduk di dalam biliknya dan menatap gambar lukisan wajahnya semasa mudanya di dinding yang besar itu dengan memakai baju kebaya dan jugak ber SANGGUL LINTANG. Tetapi SANGGUL LINTANG itu tidak ada ada… yang ada hanya bekas lukisan sahaja. NEK TOM tak pernah serik menunggu kepulangan SANGGUL LINTANG itu.,

SANGGUL LINTANG itu adalah pemberian ibu NEK TOM iaitu MAK SARI yang telah membuat SANGGUL LINTANG itu daripada nibong tunggal yang dijaga oleh seorang nenek kebayan yang masih cantik walaupun usianya sudah beratus tahun. NENEK KEBAYAN boleh memberikan nibong tunggal itu untuk dibuat pencucuk SANGGUL dengan syarat MAK SARI  mengikat janji dengan NENEK KEBAYAN. MAK SARI bersetuju demi mahu memastikan anak perempuan kesayangannya KALTHOM dijaga dengan baik. 
MAK SARI telah mengambil nibong tunggal itu dan telah membuat pencucuk sanggul lintang dan dihadiahkan kepada anaknya KALTHOM. KALTHOM telah menjadi pujaan setiap lelaki yang memandangnya tetapi malangnya setiap lelaki yang menjadi suaminya akan mati pada malam pertama. Semua lelaki dikampung itu yang mahu menunjukkan kekuatan telah bertaruh siapakah yang berjaya memiliki hati KALTOM dan tidak mati pada malam pertama nanti. 

SHEIKH MANSUR seorang lelaki yang kuat agamanya telah masuk meminang KALTHOM dan mereka telah bertemu dan berkenalan. SHEIKH MANSUR adalah guru agama baru di kampung itu . KALTHOM tidak mahu berkahwin lagi dan telah memberitahu hal itu kepada SHEIKH MANSUR tetapi SHEIKH MANSUR tidak takut dan hanya takutkan ALLAH sahaja. Walaupun KALTHOM berkeras tidak mahu berkahwin tetapi MAK SARI telah memujuknya untuk menerima SHEIKH MANSUR. Demi menjaga hati ibunya, KALTHOM setuju untuk berkahwin dengan SHEIKH MANSUR.
Pada malam pertama perkahwinan mereka KALTOM yang begitu cantik telah bertukar menjadi seorang wanita yang buruk dan mengerbang rambutnya. Keihatan pencucuk sanggul lintang pemberian MAK SARI melayang laying diudara untuk mencucuk leher SHEIKH MANSUR seperti mana yang terjadi kepada semua bekas suami KALTHOM. Kerana selepas pencucuk sanggul itu telah mencucuk leher suami KALTHOM,  saka wanita yang buruk rupanya itu akan menyedut darah itu dan rupanya akan bertukar menjadi rupa NENEK KEBAYAN...... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...