My Design - Ku Percaya Ada Cinta


Cinta pertama terlalu indah, sukar untuk dilepaskan, kerana cinta juga manusia lupa diri, lupa pada realiti, sanggup melepaskan apa yang digenggam, mengejar apa yang di impikan. Begitulah hebatnya kuasa cinta yang tak pernah kenal siapa mangsanya. Inilah selingkar kisah kehidupan manusia apabila dilamun cinta, di mana teman menjadi kekasih, kawan menjadi lawan. Semuanya gara- gara cinta pertama yang tak pernah padam.

DHIA, AIN, ALIF dan HAKIM merupakan sahabat baik sejak di USM lagi. Antara mereka, saling menyimpan perasaan antara satu sama lain tapi tidak berani berterus- terang. DHIA yang tertarik dengan HAKIM telah mengambil kesempatan untuk memikat HAKIM tanpa mengetahui bahawa HAKIM lebih menyintai AIN dalam diam. Melalui AIN akhirnya DHIA berjaya memiliki HAKIM kerana AIN tidak sampai hati melihat DHIA yang begitu teruja setiap kali berhadapan dengan HAKIM. HAKIM yang merasakan dirinya seperti bertepuk sebelah tangan setelah AIN kian jauh darinya terpaksa memilih DHIA sebagai teman istimewa. Sementara ALIF pula terus mengharap AIN sejak mula lagi, tapi tidak mendapat balasan.
Setelah tamat belajar, masing- masing membawa diri dan HAKIM akhirnya menjalinkan cinta semula dengan AIN, setelah menyedari kesilapan masa lalu. Hubungan AIN dan HAKIM bertambah mesra dan tidak dapat dipisahkan lagi. HAKIM juga merupakan anak angkat kepada MAK YAM, ibu AIN. Setelah segala urusan HAKIM selesai di PULAU PINANG, HAKIM telah kembali semula ke tempat asalnya, KELANTAN untuk menguruskan perniagaannya. Hari demi hari AIN terus menanti, namun HAKIM tiada khabar berita. Kerana suatu tagedi, MAK YAM telah jatuh sakit dan meninggal dunia akibat mendapat tekanan dari orang kampung. AIN yang terlalu kecewa dan sedih telah membawa diri ke KUALA LUMPUR untuk memulakan kehidupan baru. HAKIM gagal untuk menjejaki AIN yang hilang entah kemana.

Di KUALA LUMPUR, AIN telah mencari ALIF semula. ALIF yang masih setia pada cinta AIN sejak dulu lagi, banyak membantu kehidupan AIN. Mereka begitu mesra sekali. Tanpa siapa menduga akhirnya AIN mengandung, tanpa pengetahuan ALIF, AIN telah mengambil keputusan untuk tidak mahu memelihara bayi itu dan kalau boleh tidak mahu memandangnya langsung. ALIF telah menyerahkan bayi itu pada pasangan suami isteri tanpa AIN ketahui siapa identiti pasangan tu. Kalau boleh AIN ingin melupakan terus sejarah hitam serta bayi yang pernah dilahirkan. Masa terus berlalu, ALIF agak kecewa dengan sikap AIN yang tidak mahu langsung menerima dirinya yang setia menanti sejak di USM lagi. ALIF telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar Negara. Sebelum mereka berpisah AIN telah minta penjelasan dari ALIF, pada siapa bayi yang pernah dilahirkan 8 tahun lalu, diserahkan. AIN berharap sangat dapat melihat bayi itu membesar masa kini.
Tanpa diduga dalam pencarian AIN menjejaki anaknya kembali, dia telah bertemu semula dengan DHIA sahabat lamanya semasa di USM. Mereka mesra sekali tanpa AIN ketahui bahawa HAKIM telah berkahwin dengan DHIA dan mempunyai anak. DHIA telah minta bantuan dari AIN supaya bekerja dengan HAKIM demi menyelamatkan perniagaan mereka yang selalu saja dilanda masalah. DHIA gembira, semenjak kehadiran AIN hidup mereka sekeluarga kembali bersinar. Perniagaan pun bertambah maju. 

DHIA  menganggap AIN sebahagian keluarganya, tempat berkongsi masalah, suka duka, termasuk masalahnya bersama HAKIM. Tapi naluri rasa seorang isteri membuatkan DHIA mula mengesyaki sesuatu pada hubungan ‘persahabatan’ dan ‘rakan sekerja’ antara HAKIM dan AIN bila jadual kerja HAKIM mula berubah dan selalu ada tugasan luar. Lebih- lebih lagi dengan khabar angin yang bertiup kencang. Tapi demi menyelamatkan rumahtangga dan persahabatannya dengan AIN, DHIA telah melakukan sesuatu agar dia dapat terus memiliki HAKIM, suaminya yang dulu tanpa menghancurkan ‘persahabatan mereka bertiga’. 
DHIA sanggup menerima AIN sebagai madunya, demi persahabatan dan perniagaan suaminya.  AIN dalam di lema tapi demi sebuah rahsia, dia akhirnya sanggup menerima HAKIM dan seterusnya  bermadu dengan DHIA. ALIF yang tidak tahu perkembangan AIN setelah sekian lama meninggalkan Malaysia, terus mengharapkan cinta AIN. ALIF kembali ke untuk bercuti dan menjalinkan hubungan dengan AIN semula bila mendapat tahu AIN masih lagi sendirian. ALIF merasa gembira bila AIN mula menunjukan kesungguhan dalam hubungan mereka berdua, pada pertemuan demi pertemuan.

Ketika ALIF hampir pasti mengawini AIN, AIN telah membuat keputusan untuk menerima HAKIM semula, seterusnya  bermadu denga DHIA. DHIA sebuk menguruskan perkahwinan AIN dengan HAKIM, suaminya agar berjalan dengan lancar di rumahnya sendiri.   ALIF menjadi binggung dengan apa yang terjadi. Semakin dekat hari perkahwinan AIN dan HAKIM, DHIA pula telah membuat keputusan di luar jangkaan setelah mendapat semangat baru dari  ALIF. DHIA mahu bangkit dari ‘tidur’nya dan mahu menjadi DHIA yang baru untuk mendapatkan haknya semula.  AIN dan HAKIM amat kecewa dengan tindakan DHIA ini, sehingga memaksa AIN menceritakan segala rahsia yang terpendam antara mereka selama ini. Malangnya ketika ini DHIA dan AIN telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...