My Design - Sedetik Canda

Cinta tidak pernah mengenal usia, begitu juga dengan jodoh, pertemuan dan ajal maut. Setiap dari kita sebenarnya telah ditentukan jodoh dan pasangan hidup. Cuma kita tidak tahu dengan siapa dan di mana jodoh kita berada, cepat atau lambat. Semuanya telah tertulis. Kadangkala ketika menanti detik dinikahkan, kalau memang bukan jodoh kita dari mula, kita gagal memiliki seseorang itu. Lama mengenali seseorang pun bukanlah jaminan cinta itu akan berakhir ke jinjang pelamin. 

Adakalanya baru bertemu beberapa hari kalau ada keserasian, memang sudah tertulis jodoh kita, betapa besar rintangan pun, kan bersatu juga. Cinta akan hadir bila- bila masa, tanpa dipaksa dan tak perlu memaksa. Cinta itu satu keajaiban, mampu merubah hidup dan perasaan seseorang tanpa mengira usia dan pangkat. Cinta boleh berputik dalam berbagai cara antaranya melalui lensa kamera, yang boleh merakam segala bentuk wajah dan gambaran peristiwa. 

Gambar yang dirakamkan juga mampu bercerita dan memberi makna kepada si perakamnya. Begitulah suratan kehidupan yang telah tertulis antara AYU seorang wanita berusia awal 40an dan EDDIE, pemuda yang berusia pertengahan awal 20an yang sudah pun bertunang dan bakal berkahwin dengan LIZA. Kerana cinta, mereka bertiga dalam dilema. Hakikatnya EDDIE harus memilih antara kerjaya dan cinta, antara LIZA dan AYU, dua wanita yang jauh berbeza ibarat langit dengan bumi. Baik dari segi penampilan, usia dan latar belakang kehidupan.

Dengan penampilannya yang agak ketinggalan zaman, specs mata besarnya dan agak kelam- kabut sering menjadi bahan ketawa tapi sikapnya yang lembut dan suka mengambil berat, amat di senangi oleh pekerja bawahan serta bosnya. AYU bertugas sebagai pengarah kreatif di sebuah production house milik MADAM ZAZA, seorang penerbit yang penuh falsafah tetapi kedekut. Mujur ada AYU di syarikat ini, maka banyaklah projek seperti iklan, videoklip yang berjaya mereka perolehi. Kerana gila bekerja juga, berlalu begitu saja usianya yang boleh dianggap sudah masuk kategori Andalusia.

Seorang pekerja baru bernama EDDIE berusia 20an telah mula bertugas sebagai jurukamera. EDDIE bekerja secara kontrak untuk mencari pengalaman dan wang belanja majlis perkahwinannya nanti. AYU yang pada awalnya tidak berapa berkenan dengan sikap EDDIE yang dianggap ‘kekwat’ dan  berlagak pandai. Tetapi sikap EDDIE yang pandai mengambil hati, berbudi bahasa telah menjadikan mereka rapat sebagai adik dan kakak. Sementara itu YUSRI (kekasih Ayu sejak 10 tahun, merupakan suami orang) seorang yang kuat cemburu membuatkan AYU semakin bosan, TINA rakan baik AYU banyak menyedarkan AYU supaya ubah sikit penampilan dan terima hakikat bahawa YUSRI bukanlah lelaki yang sesuai untuknya. Tetapi AYU degil dan tetap mengharapkan YUSRI. Baginya jodoh dia dan YUSRI memang telah ditakdirkan.
AYU dan EDDIE semakin rapat, lebih lagi AYU terpaksa menjadi model untuk beberapa videoklip bagi menjimatkan kos penerbitan. EDDIE mula tertarik dengan AYU setiap kali melihat wajah AYU di lensa kameranya. LIZA tidak senang bila melihat EDDIE semakin rapat dengan AYU yang dianggap andartu tak sedar diri, lebih- lebih lagi waktu kerja EDDIE yang tidak menentu. LIZA juga sanggup menyerang EDDIE di lokasi, membuatkan hubungan mereka semakin retak. 

EDDIE dan AYU selalu berkongsi masalah yang sama dengan pasangan masing- masing, membuatkan dalam diam mereka mula jatuh hati. Memandangkan faktor usia, AYU menagambil keputusan supaya tidak melayan sangat perasaan itu. EDDIE secara jujur telah menyatakan perasaannya pada AYU tetapi AYU tidak dapat menerima, sehingga AYU sanggup menipu menyatakan dia akan berkahwin dengan kekasih lama. TINA kecewa dengan sikap AYU yang tidak berani hadapi kenyataan dan menolak cinta EDDIE.

Akhirnya EDDIE mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan perkahwinannya dengan LIZA. AYU mula merasa kehilangan EDDIE setiap kali melihat tempat duduk EDDIE yang kosong, hasil kerja videoklip yang EDDIE, melihat warong yang mereka selalu makan kuew teaw bersama dan sebagainya. Dalam masa yang sama EDDIE juga selalu menghubungi AYU, apabila LIZA dapat tahu mereka masih berhubung, LIZA telah bertemu dengan AYU dan merayu AYU melupakan terus EDDIE sebab mereka akan berkahwin dalam seminggu lagi. AYU berjanji pada LIZA, LIZA akan tetap akan berkahwin dengan EDDIE dan tiada dapat menghalangnya. Mereka mula rapat, dan LIZA berharap AYU akan datang majlis perkahwinan mereka nanti di Melaka.

Malam sebelum majlis penikahan, EDDIE telah bertemu dengan AYU di pantai yang mereka pernah shooting bersama. LIZA dapat saksikan semua itu, LIZA mula berfikir adakah EDDIE benar- benar ikhlas menerimanya atau kerana terpaksa . Malam pernikahan mereka, AYU mengambil keputusan tidak datang, begitu juga majlis persandingan mereka keesokan harinya sebab AYU merasakan belum cukup kuat untuk melihat EDDIE bersanding dengan orang lain. AYU menghantar mesej ucapan perkahwinan tapi tidak dibalas oleh EDDIE. 

AYU merasakan EDDIE sudah boleh menerima hakikat mereka tiada jodoh dan sedang berbahagia bersama LIZA. Dengan sedih, AYU berkemas meninggalkan chalet dan pantai untuk balik terus ke Kuala Lumpur kerana ada penggambaran malam itu. Di set penggambaran ketika AYU sedang beraksi, tiba- tiba dia menerima satu kejutan, yang dia sendiri tidak pernah jangkakan pada malam ‘valentine day’ itu. EDDIE MELAMAR AYU. 

Sedang dalam fikiran AYU apa yang dirasakan sekarang ni hanyalah mimpi semata mata. Padanya cukuplah walapun SEDETIK CANDA cuma.. cinta dan kasihnya akan dismpan didalam hati. Biarlah EDDIE terus bertakhta dalam hatinya dan biarlah dia sendirian… 

Nantikan kesudahanya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...