My Design - Poster Barong

PAK RAWI adalah seorang lelaki yang mempertahankan maruah dan mahu mempertahankan BARONG dan kehidupannya untuk diwarisi oleh kedua anaknya SIDEK dan TAUFIK.  Hanya tinggal PAK RAWI sahaja dikampung itu yang masih lagi mengamalkan permainan traditional BARONG. Kepala harimau dan berbulukan merak. MISTIK yang sentiasa menjadi misteri dalam hidup PAK RAWI. 

Walaupun orang kampung kurang menyukai permainan BARONG ni tetapi PAK RAWI masih terus berkeras mahu mengekalkannya dan yakin orang akan tetap menerima warisan BARONG ini. Musuh ketat PAK RAWI, PAK LANG sentiasa mencari masa untuk merampas BARONG.. PAK LANG adalah abang kepada PAK RAWI dan PAK LANG sentiasa tidak puas hati kerana PAK RAWI yang mendapat BARONG daripada AYAH mereka dulu. PAK LANG sentiasa berdendam mahu menghancurkan keluarga itu.  MAK SU sebagi isteri yang sentiasa memahami keadaan suaminya tetap menyokong apa sahaja yang dimahukan oleh suaminya walaupun dia sendiri mempunyai agenda tersendiri PAK RAWI walaupun kadang kadang merasa curiga pada MAK SU atas sikap pilih kasihnya tetapi PAK RAWI masih lagi boleh bertahan.

MAK SU pula menafikan mempunyai sikap pilih kasih antara SIDEK dan TAUFIK. SIDEK anak yang tua berkerja kampung amat meminati BARONG ini dah beberapa kali menjadi pemakai BARONG mengantikan PAK RAWI. Dia berkerja dikebun sawit, pisang dan nenas kepunyaan PAK RAWI. PAK RAWI jugak suka pada SIDEK kerana dia memiliki sifat sifat yang dikehendaki sebagai pewaris BARONG. 

 Nantikan kesudahanya.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...