MY DESIGN - Sinopsis Drama "TEROWONG"




Terowong ini merupakan sebuah kisah misteri dimana seseorang akan terperangkap ke suatu alam lain selepas melalui sebuah terowong di lebuhraya.


Keunikan terowong ini ialah mangsa-­‐mangsanya dipilih melalui pengalaman setiap individu. Mangsa-­ mangsa TEROWONG inia dalah dikalangan mereka-­‐mereka yang bertuhankan NAFSU dan menjadikan Syaitan sebagai sahabat dan mengakibatkan kerosakan nilai-­‐nilai murni dijiwa mereka dan ada yang sanggup menggadai maruah demi sebuah cinta.


Terowong misteri ini muncul untuk memerangkap mangsanya pada setiap malam. Terowong ini akan memerangkap manusia yang pernah menjadi mangsa kebuasan nafsu orang yang tidak berhati perut yang sanggup merogol serta membunuh, termasuk juga mereka yang membunuh dan membuang bayi kerana terlanjur.


Dan kini ROH-­ROH yang belum aman ini akan menjelma melalui Terowong ini untuk memberi pengajaran kepada MEREKA yangmasih belum bertaubat agar kembali ke jalan yang di REDHAI ALLAH S.W.T sebelum terlambat. Mangsa-­‐mangsa TEROWONG misteri ini akan hilang dari ALAM NYATA samada ianya berakhir dengan KEMATIAN yang tragis ataupun mereka ini akan menjadi seorang yang hilang akal fikiran dan akhirnya mati dalam kesesatan serta kedhaifan melainkan mereka ini bertaubat dengan sebenar-­‐benar TAUBAT dan kembali kejalan yang benar.Ikuti kisah selanjutnya dalam Terowong, sebuah 13 episod drama yang mempunyai cerita yang berlainan pada setiap episod...


Setiap Khamis, TV3  - 9.30 mlm.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...